Tuesday, September 29, 2009

Pertandingan Pengucapan Awam 2009

Pada 14 Julai 2009 iaitu hari Jumaat, pelajar-pelajar PPISMP semester 3 ambilan julai 2008 telah mengadakan Pertandingan Pengucapan Awam. Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Idris Al-Marbawi. Kami dengan kekuatan sebanyak empat kuliah telah menggembleng tenaga bekerjasama bagi menjayakan program yang telah kami rancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu yang berwibawa. Acara bermula pada seawal jam 7.3o pagi dan berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Pertandingan ini disertai oleh 12 orang peserta daripada setiap kuliah yang terlibat dan kelihatan para peserta begitu bersemangat waja untuk berusaha mengecapi kejayaan selaku pemenang pertandingan tersebut. Majlis ini dihadiri oleh kumbang-kumbang dan bunga-bunga daripada Jabatan Pengajian Bahasa Melayu. Kehadiran mereka telah disambut dengan meriah dan secara tidak langsung telah menyuntik semangat kami semua untuk menjalankan tugas dengan lebih berkaliber. Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh para pelajar dari pelbagai kuliah. Majlis ini dikendali oleh dua orang pengacara majlis yang begitu gah di pentas iaitu Mohd.Azli bin Mustapha dan Nurul Ain binti Azmi. Gandingan mereka berdua sangat secocok berbaju ungu bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua; duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor, Puan Hajjah Marinal binti Husin.
Program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Disamping itu, kami semua turut memperolehi ilmu yang bermanfaat pada masa akan datang sesuai dengan bakal profesion kami iaitu profesion sebagai seorang MURABBI.

No comments:

Post a Comment