Tuesday, September 29, 2009

Kertas Kerja Pertandingan Pengucapan Awam



INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (PIDATO)

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

ANJURAN:

PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP) SEMESTER TIGA

DENGAN KERJASAMA

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

­­­­­­­­­­­­­­

1.0 PENDAHULUAN

Untuk memastikan setiap individu khususnya para pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam menjadi bakal guru yang menguasai pelbagai bidang, salah satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap pelajar ialah dengan menguasai kemahiran komunikasi sama ada komunikasi lisan ataupun komunikasi bertulis.

Sehubungan dengan itu, para pelajar dari Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester 3 sebulat suara ingin mengadakan Pertandingan Pengucapan Awam (pidato) supaya ilmu dalam kemahiran komunikasi dapat diaplikasikan oleh para pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keilmuan dan profesion perguruan dalam kalangan pelajar yang juga merupakan bakal guru pada masa akan datang.

2.0 NAMA PROGRAM

Pertandingan Pengucapan Awam (Pidato).

3.0 TARIKH

14 Ogos 2009.

4.0 MASA

8.00 pagi - 12.00 tengah hari

5.0 ANJURAN

Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester tiga 2009 dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu (JPM).

6.0 OBJEKTIF PROGRAM

6.1 Memenuhi sukatan pelajaran bagi Kerja Kursus Berasaskan Projek Bahasa Melayu 1 (KKBI PM3311P4) pelajar PPISMP semester tiga 2009.

6.2 Mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang merupakan sukatan pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu 1 (PM3311P4).

6.3 Melatih pelajar supaya dapat mempertingkatkan dan memahirkan diri dalam komunikasi lisan dan komunikasi bertulis.

6.4 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim para pelajar PPISMP semester tiga.

6.5 Sebagai salah satu medium untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang komunikasi khususnya dalam aspek pengucapan awam.

6.6 Melatih para pelajar mengurus dan mengendalikan sesuatu program ataupun projek dengan sistematik dan berkesan.

7.0 LOKASI PROGRAM

Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran untuk pertandingan ini ialah para pelajar Program Persediaan Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester tiga 2009, pengkhususan major dan minor Bahasa Melayu yang terdiri daripada:

8.1 PPISMP 3.03 (Major Matematik)

8.2 PPISMP 3.04 (Major Pendidikan Jasmani)

8.3 PPISMP 3.05 (Major Kajian Sosial)

8.4 PPISMP 3.06 (Major Pemulihan Bahasa Melayu)

Setiap kuliah akan menghantar tiga orang peserta bagi pertandingan ini.

Anggaran penyertaan ialah sebanyak 12 orang peserta.

( 3 orang x 4 kelas= 12 orang)

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA / URUS SETIA PROGRAM

Rujuk Lampiran 1.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.

BUTIRAN

JUMLAH

JUMLAH SEUNIT

JUMLAH

1.

Cenderamata hakim

3

Stor Institut

2.

Hadiah pemenang

-tempat pertama

1

RM 45 x 1

RM 45

-tempat kedua

1

RM 35 x 1

RM 35

-tempat ketiga

1

RM 25 x 1

RM 25

3.

Hadiah saguhati

9

RM 10 x 9

RM 90

4.

Sijil

Stor Institut

- Penyertaan

12

- Penghargaan

76

5.

Kudapan

95 orang

RM 4 x 95

RM 380

6.

Makan Tengah hari

95 orang

RM 6 x 95

RM 570

Runcit

RM 50

Jumlah Keseluruhan

RM 1195

11.0 SUMBER KEWANGAN

1) Bayaran pelajar ( RM 2 x 88 ) : RM 176.00

2) Sumbangan institut : RM 1019.00

____________

RM 1195.00

12.0 PENUTUP

Diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu para pelajar menguasai teknik pengurusan sesuatu projek ataupun program dengan sistematik dan berkesan. Semoga para pelajar mendapat input yang berguna daripada pelaksanaan projek ini.

Adalah menjadi hasrat dan harapan jawatankuasa pelaksana supaya program ini dapat diberi perhatian, pertimbangan dan seterusnya sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program ini. Segala kerjasama daripada pelbagai pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

( NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD)

Setiausaha,

Program Pertandingan Pengucapan Awam.

Disemak oleh,

(MUHAMMAD KHALIL B. MD YUSOP)

Pengerusi Projek,

Program Pertandingan Pengucapan Awam.

Disokong oleh,

(JEYAGOBI A/L DHAMODAREM)

Pensyarah penasihat,

Program Pertandingan Pengucapan Awam.

Disahkan oleh,

(SARDI BIN AHMAD)

Ketua Jabatan,

Jabatan Pengajian Melayu,

IPGM Kampus Pendidikan Islam.

Diluluskan oleh,

(TUAN HAJI AMIN BIN MOHD RASHID)

Pengarah,

IPGM Kampus Pendidikan Islam.

No comments:

Post a Comment