Wednesday, September 30, 2009
PESERTA-PESERTA PIDATO
VIDEO PIDATO
Ini adalah salah seorang daripada 12 orang pemidato yang bertanding pada hari tersebut. Ini adalah Nur Syamimi Binti Tumiran iaitu salah seorang wakil kelas PPISMP 3.04 semester 3. Pertama kali bertanding dalam pertandingan sebegini, banyak kelemahan tetapi apa-apa pun, beliau telah cuba yang terbaik..syabas! Terimalah:
Video persembahan
Selepas habis pertandingan pidato, para penonton, peserta dan tetamu di sajikan dengan persembahan dari pelajar lelaki PPISMP 3.04 dengan lagu Rasa Sayang, Lima Kupang dan Tanya Sama Pokok. Ini adalah selingan, sementara menunggu para hakim mengira markah para peserta pidato. Persembahan ini nampak ringkas tetapi penuh dengan unsur kecindan. Terimalah:-
Semasa Pertandingan Pengucapan Awam 2009.
SEBELUM PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM 2009
LAPORAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Tarikh : 14 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Bilik Kuliah 4.06 (PPISMP 3.03)
Kehadiran:
Rujuk Lampiran 1
Tidak hadir:
Rujuk Lampiran 2- Menghadiri kuliah
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.0 TAKLIMAT KKBI PM3311P4
Taklimat mengenai Kerja Kursus Berasaskan Projek PM3311P4 oleh Encik Jeyagobi A/L Dhamodarem. Taklimat ini berfokus pada panduan pelaksanaan bagi Kerja Kursus Berasaskan Projek bagi pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester 3.
Tindakan: Makluman semua
3.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KKBI PM3311P4
Rujuk Lampiran 3
4.0 CADANGAN AKTIVITI
4.1 Pertandingan pengucapan awam.
4.2 Kursus pengacaraan majlis.
4.3 Pertandingan debat.
4.4 Seminar kemahiran bertulis.
Tindakan: Makluman semua
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Bayaran sebanyak RM 2 bagi setiap ahli untuk menjayakan aktiviti bagi KKBI PM3311P4 telah dipersetujui.
Tindakan: Bendahari
6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan menangguhkan mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.
Disediakan oleh,
(NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD)
Setiausaha,
KKBI PM3311P4
Tarikh: 14 Julai 2009.
Tuesday, September 29, 2009
Memo
MEMO
AHLI JAWATANKUASA KKBI PM3311P4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Kepada: Semua ahli jawatankuasa KKBI PM3311P4 (rujuk Lampiran) | Tarikh: 18 Julai 2009. |
Daripada: Pengerusi Ahli Jawatankuasa KKBI PM3311P4 | s.k: Jabatan Pengajian Melayu |
Perkara: Taklimat pelaksanaan program KKBI PM3311P4 (Pertandingan Pengucapan Awam) |
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat yang tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 20 Julai 2009
Masa : 10.45 pagi
Tempat : Bilik Kuliah 4.10 (PPISMP 3.04)
3. Tujuan taklimat ini adalah untuk menetapkan tarikh Pertandingan Pengucapan Awam yang akan diadakan dan menggubal kembali ahli jawatankuasa sempena pertandingan tersebut.
4. Sehubungan itu, tuan/puan dijemput menghadiri taklimat ini. Kerjasama dan sokongan tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
(NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD)
Surat Rasmi
PPISMP (Sem 3),
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Pendidikan Islam,
Bangi
Seperti Lampiran Tarikh:13 Julai 2009
Tuan/Puan,
MESYUARAT 1/2009 AHLI JAWATANKUASA KKBI PM3311P4
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Ahli Jawankuasa Program Kerja Kursus Berdasarkan Projek telah dibentuk dan merancang untuk mengendalikan sebuah program yang akan diadakan bagi keperluan kursus PM3311P4.
3. Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berkut:
Tarikh : 16 Julai 2009
Hari : Khamis
Tempat : Dataran GERKO
Masa : 2.00 petang
4. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput untuk menjayakan sesi mesyuarat tersebut.
5. Bersama-sama ini dilampirkan agenda mesyuarat untuk makluman tuan/puan.
6. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
(NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD)
Setiausaha KKBI PM3311P4
Minit Mesyuarat Ketiga
MINIT MESYUARAT PROJEK KKBI PM3311P4 (BIL. 3/2009)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Tarikh : 23 Julai 2009 (Khamis).
Masa : 9.30 malam.
Tempat : Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi.
Kehadiran:
Hadir:
Rujuk Lampiran 1
Tidak hadir:
Rujuk Lampiran 2- bersebab
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana hadir dalam mesyuarat ini.
1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat ini adalah untuk memberi sedikit taklimat berhubung dengan projek KKBI PM3311P4 iaitu Petandingan Pengucapan Awam (pidato).
1.3 Pengerusi berharap agar semua ahli memberikan sepenuh perhatian terhadap projek ini.
Tindakan: Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 2/2009
Minit mesyuarat KKBI PM3311P4 Bil. 2/2009 disahkan tanpa sebarang pindaan. Minit mesyuarat telah dicadangkan oleh Siti Zareha bt Azahari dan telah disokong oleh Khairul Azmeer bin Asbi.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pembetulan pada nama-nama ahli bagi setiap biro dan unit dan memastikan semua ahli mendapat tugas masing-masing.
Tindakan: Unit Penilaian
4.0 AGENDA MESYUARAT
4.1 Pembentangan spesifikasi dan skop tugas bagi setiap biro dan unit bagi Pertandingan Pengucapan Awam (Pidato).
Tindakan: Makluman Semua
4.2 Sebarang perubahan yang berkaitan dengan pertandingan diminta rujuk kepada AJK Pertandingan.
Tindakan: Peserta Pertandingan
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Mesyuarat mencadangkan untuk mengadakan nyanyian lagu kanak-kanak untuk persembahan pada hari pertandingan.
Tindakan: Biro Persembahan
6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan menangguhkan mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr pada jam 10.30 malam.
Disediakan oleh,
(NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD)
Setiausaha,
Projek KKBI PM3311P4
Tarikh: 23 Julai 2009.
Minit Mesyuarat Kedua
MINIT MESYUARAT KKBI PM3311P4 (BIL. 2/2009)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
Tarikh : 16 Julai 2009 (Khamis)
Masa : 2 petang
Tempat : Dataran GERKO
Kehadiran:
Rujuk Lampiran 1
Turut Hadir:
1. Encik Jeyagobi A/L Dhamodarem
2. Puan Faridah Binti Hashim
Tidak Hadir:
1. Adi Syazwan B. Saparudin- bersebab
2. Muhamad Hafiy Farhan Bin Hassim – Minggu Pengurusan Pelajar Baru (AJK)
3. Nur Izzati Binti Mat Zin – tidak sihat
4. Asma’ Abdul Razak - Minggu Pengurusan Pelajar Baru (AJK)
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN
Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih kepada yang hadir.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 1/2009
Minit Mesyuarat KKBI PM3311P4 (BIL. 1/2009) disahkan tanpa pindaan.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan Pertandingan Pengucapan Awam dan mencadangkan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) diwujudkan bagi menjayakan pertandingan tersebut. Antara AJK yang telah dicadangkan ialah:
i. AJK Sambutan dan Protokol
ii. AJK Tugas-tugas Khas
iii. AJK Seranta
iv. AJK Persiapan Tempat
v. AJK Dokumentasi
vi. AJK Pertandingan
vii. AJK Persembahan
viii. AJK Jamuan
ix. AJK Sijil dan Cenderahati
x. Sayap-sayap Setiausaha
3.2 Mesyuarat memutuskan agar setiap AJK kuliah yang dilantik supaya menguruskan peserta bagi kuliah masing-masing.
Tindakan: Ahli Jawatankuasa
3.3 Mesyuarat bersetuju agar lokasi bagi pertandingan tersebut diadakan di Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi.
4.0 HAL-HAL LAIN
4.1 Mesyuarat bersetuju supaya AJK bagi setiap kuliah dilantik sebagai ketua AJK bagi Pertandingan Pengucapan Awam. Berikut merupakan ketua-ketua bagi setiap AJK:
i. AJK Sambutan dan Protokol (Muhamad Ikhram)
ii. AJK Tugas-tugas Khas (Wan Nor Faezah)
iii. AJK Seranta (Adi Syazwan B. Saparudin)
iv. AJK Persiapan Tempat (Adi Syazwan B. Saparudin)
v. AJK Dokumentasi (Shahrul Nizam Bin Mohd Azlan)
vi. AJK Pertandingan (Asma’ Abdul Razak)
vii. AJK Persembahan (Muhamad Hafiy Farhan Bin Hassim)
viii. AJK Jamuan (Sharifah Aini Misiran)
ix. AJK Sijil dan Cenderahati (Nur Izzati Binti Mat Zin)
x. Sayap-sayap Setiausaha (diuruskan oleh setiausaha)
Tindakan: Makluman Semua
4.2 Tarikh untuk penyerahan bayaran duit yang telah ditetapkan ialah pada hari Jumaat, 17 Julai 2009.
Tindakan: Naib Bendahari
4.3 Sumbangan penaja akan diminta daripada Jabatan Pengajian Melayu (JPM) ataupun Koperasi.
Tindakan: Bendahari
4.4 Tarikh dan hari bagi Pertandingan Pengucapan Awam akan ditetapkan pada mesyuarat akan datang.
5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada yang hadir dan menangguhkan mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
………………………….. ………………………………
(NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD) (MUHAMMAD KHALIL B MD YUSOP)
Setiausaha Pengerusi
Ahli Jawatankuasa Pertandingan Pengucapan Awam
AHLI JAWATANKUASA KKBI PM3311P4
PENGERUSI : MUHAMMAD KHALIL B MD YUSOP (PPISMP 3.04)
NAIB PENGERUSI :
1) MOHD ZULHUSNI B SUHAIMI (PPISMP 3.03)
2) MUHAMAD ZAHID BIN MOHAMAD KHALID (PPISMP 3.04)
3) MUHAMMAD HADI BIN MAZALAM (PPISMP 3.05)
4) MUHAMAD SYAMIL SUFI B ZOLKIFLE (PPISMP 3.06)
SETIAUSAHA : NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD (PPISMP 3.03)
NAIB SETIAUSAHA: SITI ZAREHA BINTI AZAHARI (PPISMP 3.06)
BENDAHARI : MOHD ABDUL BASIR BIN SAID (PPISMP 3.03)
NAIB BENDAHARI : 1) NORATIKA BINTI SAMIAN (PPISMP 3.03)
2) MOHD AZLAN BIN SAHEIMI (PPISMP 3.04)
3) SYUHADA BINTI MOHD. TAJUDDIN (PPISMP 3.05)
4) DAYANG NADZIRAH BT MOHD HATTA (PPISMP 3.06)
AHLI JAWATANKUASA (AJK):
PPISMP 3.03 : MUHAMAD IKHRAM B. MOHD ALI
WAN NOR FAEZAH BT WAN HUSSIN
PPISMP 3.04 : ADI SYAZWAN B. SAPARUDIN
SHAHRUL NIZAM BIN MOHD AZLAN
PPISMP 3.05 : MUHAMAD HAFIY FARHAN BIN HASSIM
NUR IZZATI BINTI MAT ZIN
PPISMP 3.06 : SHARIFAH AINI MISIRAN
ASMA’ ABDUL RAZAK
Kertas Kerja Pertandingan Pengucapan Awam
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM (PIDATO)
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
ANJURAN:
PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP) SEMESTER TIGA
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Untuk memastikan setiap individu khususnya para pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam menjadi bakal guru yang menguasai pelbagai bidang, salah satu elemen penting yang perlu ada dalam setiap pelajar ialah dengan menguasai kemahiran komunikasi sama ada komunikasi lisan ataupun komunikasi bertulis.
Sehubungan dengan itu, para pelajar dari Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester 3 sebulat suara ingin mengadakan Pertandingan Pengucapan Awam (pidato) supaya ilmu dalam kemahiran komunikasi dapat diaplikasikan oleh para pelajar. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keilmuan dan profesion perguruan dalam kalangan pelajar yang juga merupakan bakal guru pada masa akan datang.
2.0 NAMA PROGRAM
Pertandingan Pengucapan Awam (Pidato).
3.0 TARIKH
14 Ogos 2009.
4.0 MASA
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
5.0 ANJURAN
Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester tiga 2009 dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu (JPM).
6.0 OBJEKTIF PROGRAM
6.1 Memenuhi sukatan pelajaran bagi Kerja Kursus Berasaskan Projek Bahasa Melayu 1 (KKBI PM3311P4) pelajar PPISMP semester tiga 2009.
6.2 Mengaplikasikan kemahiran komunikasi yang merupakan sukatan pelajaran bagi subjek Bahasa Melayu 1 (PM3311P4).
6.3 Melatih pelajar supaya dapat mempertingkatkan dan memahirkan diri dalam komunikasi lisan dan komunikasi bertulis.
6.4 Sebagai salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim para pelajar PPISMP semester tiga.
6.5 Sebagai salah satu medium untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang komunikasi khususnya dalam aspek pengucapan awam.
6.6 Melatih para pelajar mengurus dan mengendalikan sesuatu program ataupun projek dengan sistematik dan berkesan.
7.0 LOKASI PROGRAM
Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran untuk pertandingan ini ialah para pelajar Program Persediaan Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester tiga 2009, pengkhususan major dan minor Bahasa Melayu yang terdiri daripada:
8.1 PPISMP 3.03 (Major Matematik)
8.2 PPISMP 3.04 (Major Pendidikan Jasmani)
8.3 PPISMP 3.05 (Major Kajian Sosial)
8.4 PPISMP 3.06 (Major Pemulihan Bahasa Melayu)
Setiap kuliah akan menghantar tiga orang peserta bagi pertandingan ini.
Anggaran penyertaan ialah sebanyak 12 orang peserta.
( 3 orang x 4 kelas= 12 orang)
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA / URUS SETIA PROGRAM
Rujuk Lampiran 1.
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. | BUTIRAN | JUMLAH | JUMLAH SEUNIT | JUMLAH |
1. | Cenderamata hakim | 3 | Stor Institut | |
2. | Hadiah pemenang | |||
-tempat pertama | 1 | RM 45 x 1 | RM 45 | |
-tempat kedua | 1 | RM 35 x 1 | RM 35 | |
-tempat ketiga | 1 | RM 25 x 1 | RM 25 | |
3. | Hadiah saguhati | 9 | RM 10 x 9 | RM 90 |
4. | Sijil | Stor Institut | ||
- Penyertaan | 12 | |||
- Penghargaan | 76 | |||
5. | Kudapan | 95 orang | RM 4 x 95 | RM 380 |
6. | Makan Tengah hari | 95 orang | RM 6 x 95 | RM 570 |
Runcit | RM 50 | |||
Jumlah Keseluruhan | RM 1195 |
11.0 SUMBER KEWANGAN
1) Bayaran pelajar ( RM 2 x 88 ) : RM 176.00
2) Sumbangan institut : RM 1019.00
____________
RM 1195.00
12.0 PENUTUP
Diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu para pelajar menguasai teknik pengurusan sesuatu projek ataupun program dengan sistematik dan berkesan. Semoga para pelajar mendapat input yang berguna daripada pelaksanaan projek ini.
Adalah menjadi hasrat dan harapan jawatankuasa pelaksana supaya program ini dapat diberi perhatian, pertimbangan dan seterusnya sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program ini. Segala kerjasama daripada pelbagai pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,
( NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD)
Setiausaha,
Program Pertandingan Pengucapan Awam.
Disemak oleh,
(MUHAMMAD KHALIL B. MD YUSOP)
Pengerusi Projek,
Program Pertandingan Pengucapan Awam.
Disokong oleh,
(JEYAGOBI A/L DHAMODAREM)
Pensyarah penasihat,
Program Pertandingan Pengucapan Awam.
Disahkan oleh,
(SARDI BIN AHMAD)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPGM Kampus Pendidikan Islam.
Diluluskan oleh,
(TUAN HAJI AMIN BIN MOHD RASHID)
Pengarah,
IPGM Kampus Pendidikan Islam.