Wednesday, September 30, 2009

PEMENANG-PEMENANG PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM 2009 (PIDATO)

Inilah pemenang-pemenang Pertandingan Pengucapan Awam 2009.

PESERTA-PESERTA PIDATO

Inilah peserta-peserta pidato yang mewakili kelas PPISMP semester 3..iaitu PPISMP 3.03, PPISMP 3.04, PPISMP 3.05 dan PPISMP 3.06.








VIDEO PIDATO

Ini adalah salah seorang daripada 12 orang pemidato yang bertanding pada hari tersebut. Ini adalah Nur Syamimi Binti Tumiran iaitu salah seorang wakil kelas PPISMP 3.04 semester 3. Pertama kali bertanding dalam pertandingan sebegini, banyak kelemahan tetapi apa-apa pun, beliau telah cuba yang terbaik..syabas! Terimalah:

Video persembahan

Selepas habis pertandingan pidato, para penonton, peserta dan tetamu di sajikan dengan persembahan dari pelajar lelaki PPISMP 3.04 dengan lagu Rasa Sayang, Lima Kupang dan Tanya Sama Pokok. Ini adalah selingan, sementara menunggu para hakim mengira markah para peserta pidato. Persembahan ini nampak ringkas tetapi penuh dengan unsur kecindan. Terimalah:-

Semasa Pertandingan Pengucapan Awam 2009.

Pada 14 Julai 2009, berlangsungnya Pertandingan Pengucapan Awam yang disertai oleh pelajar-pelajar PPISMP semester 3 dari pukul 8 hingga kul 12 tengah hari.Inilah keadaannya:-






SEBELUM PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM 2009

Pada malam itu, sebelum berlangsungnya Pertandingan Pengucapan Awam 2009, semua kelas PPISMP semester 3 perlu hadir bagi menjalani raptai supaya tiada masalah yang timbul semasa hari pertandingan berlangsung dan ia berjalan dengan lancar. Inilah antara keadaan yang berlaku semasa raptai dilakukan:-























LAPORAN

LAPORAN MESYUARAT KKBI PM3311P4 (BIL. 1/2009)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh : 14 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Bilik Kuliah 4.06 (PPISMP 3.03)

Kehadiran:
Rujuk Lampiran 1
Tidak hadir:
Rujuk Lampiran 2- Menghadiri kuliah
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.
2.0 TAKLIMAT KKBI PM3311P4
Taklimat mengenai Kerja Kursus Berasaskan Projek PM3311P4 oleh Encik Jeyagobi A/L Dhamodarem. Taklimat ini berfokus pada panduan pelaksanaan bagi Kerja Kursus Berasaskan Projek bagi pelajar-pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) semester 3.
Tindakan: Makluman semua
3.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KKBI PM3311P4
Rujuk Lampiran 3
4.0 CADANGAN AKTIVITI
4.1 Pertandingan pengucapan awam.
4.2 Kursus pengacaraan majlis.
4.3 Pertandingan debat.
4.4 Seminar kemahiran bertulis.
Tindakan: Makluman semua




5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Bayaran sebanyak RM 2 bagi setiap ahli untuk menjayakan aktiviti bagi KKBI PM3311P4 telah dipersetujui.
Tindakan: Bendahari

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan menangguhkan mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.

Disediakan oleh,


(NOR FARHANA BINTI MUHAMMAD)
Setiausaha,
KKBI PM3311P4
Tarikh: 14 Julai 2009.